Tuesday, February 15, 2011

"Refreshment"

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...teramat2 syukur kerana jari jemari ini sedang menarikan sesuatu di blog yang sangat2 dirindui. Alhamdulillah..Allah menghadirkan kekuatan di hari yang penuh barakah ini yakni hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w kekasih Allah - 12 Rabiulawal 1432H. Sudah terlalu lama ana membiarkan blog ini sepi dari luahan minda. Sungguh ana terlalu rindu untuk menghidupkan blog ini. Dan saat ana menaip kata-kata ini air mata sedang bergenang. Seakan tidak percaya saat dan ketika ini telah datang buat melepas rindu. Hati ini terus berdoa dan berdoa agar artikel ini mampu diteruskan hingga nokhtah terakhir. Kerana sebelum ini ana pernah jua mengembalikan "nyawa" pada hamparan sepi ini tetapi tangan ini kaku hati pula terhenti untuk berbicara. Lalu hanya menyimpannya sebagai draft. 


2 bulan lebih ana membiarkan diari pengembaraan ini sepi. Hari ini ana menggagahkan diri menguatkan semangat mengatakan pada diri "perjuangan ini harus diteruskan". Diari ini ana nukilkan buat menggerakkan nadi perjuangan sebagai seorang hamba. Semestinya ana harapkan ia tidak berkubur sebelum jasad ini dikembalikan pada asal kejadiannya. Dari hari ke hari sentiasa menggenggam impian di lubuk hati diari ini akan terus hidup. Sentiasa diperingatkan oleh sahabat seperjuangan dalam candanya jika ana menyentuh tentang diari hatinya "Kembara Sufi Di Bumi Tuhan", "blog akak tu bila nak update? dah lama bersawang..." (^_^) Itulah sebahagiaan kata-katanya meski tampak biasa tapi inputnya pada ana adalah sebagai satu peringatan dan sumber kekuatan sekaligus meniupkan ke dalam jiwa bahawa perjuangan ini harus diteruskan. Semoga Allah merahmatimu dik...semoga istiqomah untuk menulis kerna ia lambang perjuanganmu dan ada yang sentiasa merindui akan bait bicaramu...(^_^)

2 bulan lebih ini juga ana banyak menghabiskan waktu dengan membaca diari hati sahabat2. Bermacam-macam cerita cereka luahan rasa ana selami. Ana mencari-cari kekuatan buat bermuhasabah diri mentarbiyah hati membangunkan jiwa yang kekurangan vitamin...(^_^) Supplement yang ana cari-cari supaya vitamin itu berupaya mengalir ke hujung2 jari agar ia bisa teguh bangkit memperjuangkan lembaran sebuah kisah pengembaraan menuju cinta Ilahi. Rasa perjuangan itu sebenarnya tidak mati. Picisan itu masih ada dan diteruskan meskipun hanya pada bait-bait pendek di ruangan facebook ana. Dan diari ini adalah kesinambungannya. Bukan sengaja mahu membiarkan diari ini sepi dari sebarang tinta. Hanya pada DIA sentiasa ana pohonkan rahmat kekuatan agar diri ini tidak tersungkur dari medan perjuangan.

Dalam sepi ana menggalas hasrat dan amanahNYA. Suatu ketika tatkala ana on chat di facebook, masuk chat seorang kakak yang tidak ana kenal secara langsung dengannya. Kakak ini menyampaikan maksud hatinya pada ana.."terima kasih adik" ana agak terkejut dan berfikir barangkali kakak ini tersilap orang. Lalu ana bertanya terima kasih untuk apa? Beliau membalas, "terima kasih kerana sentiasa menyedarkan kakak dengan kata-kata(status) adik". Subhanallah...ana terpana ana terkesima sebentar. Tidak menyangka kata-kata yang banyak lahir dari rasa sendiri dan sebenarnya diluahkan sebagai peringatan kembali pada diri ini bisa menyentuh hati seseorang dengan izinNYA jua. Kakak itu juga memaklumkan bahawa beliau sentiasa mengunjungi blog ana. Suka katanya membaca coretan-coretan ana yang beliau kira sebagai coretan yang ikhlas dari hati. Terasa kerdilnya diri ini di kala itu. Mengenang kebesaranNYA mengenang kejahilan diri. Ana ini insan baru bertatih mahu melangkah ke arena perjuangan. Apa yang dinukilkan hanyalah sebahagiaan dari rahsia hati dalam mengembara mencari cintaNYA. Apa yang direnung apa yang dirasa apa yang difikirkan akal segalanya berpadu pada sekeping hati. Dalam kejahilan yang masih bersisa rasa, DIA mengutuskan kakak ini buat menguatkan lagi jiwa ini di jalanNYA. Seakan-akan DIA berbicara pada ana "teruskanlah perjuanganmu.teruskanlah perjuangan untuk menyentuh hati2 insan untuk lebih mengenali Allah"

Ana mendoakan kakak ini terus dilimpahkan rahmat hidayahNYA. Alhamdulillah penghijrahan beliau sekeluarga ke negeri "Serambi Makkah" katanya banyak membawa perubahan pada dirinya,suami dan anak-anak. Hidayah itu milik Allah...andai kita berusaha mencarinya insyaAllah pasti akan menemui cahayaNYA...(^_^)

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...(^_^)

Template by:
Free Blog Templates