Wednesday, March 2, 2011

Mencari Damai Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Alhamdulillah...dengan izinNYA jari-jemari ini kembali mengorak tari.Sedar tak sedar rupanya sudah 2 minggu ditinggalkan diari ni. 2 minggu yang banyak mencabar minda, fizikal dan jiwa hamba yang lemah. Ujian datang silih berganti.Sehinggalah dua hari sebelum ini menerima empat berita musibah berturut2.Seperti mahu terduduk lemah jasad ini.Dalam tempoh 24jam segalanya datang satu per satu.Pergi kerja seperti biasa namun apabila di ofis kadang-kala otak dah macam blurr tak tau nak buat apa.Teringat pada setiap perkara yang berlaku.Hati menjadi bimbang serta merta.Lama termenung menyelami hati sendiri akhirnya mengatakan pada jiwa.."ini ujian Allah untukku". 2 minggu ini emosi memang agak tergugat.Pasang surut pada keadaan yang tak menentu.Lantas tindakan drastik diambil dengan men'deactivekan akaun facebook.Bukan mahu melarikan diri dari sahabat2 tetapi mahu berusaha mengembalikan ketenangan jiwa.


Awal pagi hari ini ana agak gembira...namun panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari.emosi kembali memberontak.Agak STRESS! Ana pulang kerja awal dari biasa.Mahu mencari ketenangan! Kelukaan di hati membuatkan ana seolah mahu tersungkur.Hati bengkak kecewa!! Hampir menitis air mata mengenang segalanya.Sampai di rumah segera ana ke bilik air.Salah satu favourite ana bila fikiran yang mula berserabut jiwa yang mula kacau..ana akan mandi! membiarkan air mencurah2 membasahi kepala.Air yang mengalir seakan membawa bersama segala yang membebani hati dan fikiran saat itu.Sesudah itu ana menunaikan solat asar.Berteleku di atas sejadah cinta memujuk jiwa dengan bait-bait Tiada Tuhan Yang Disembah Melaikan Allah, Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar. Satu per satu dititipkan disusuri dengan doa bersama juraian air mata.Memohon rahmat kekuatan dariNYA dikuatkan jiwa ini buat mendepani segala mehnah yang diberi.Memujuk dan terus memujuk dengan surah Al-Insyirah.Surah Al-Insyirah dan Ayatul Kursi antara surah "favourite" ana kala mencari ketenangan jiwa.Setiap kali mahu menduduki peperiksaan surah ini jugalah yang ana amalkan.Alhamdulillah...terapi rohani ini sedikit demi sedikit mendamaikan hati.


Ana bermuhasabah diri...segala yang berlaku ana terima sebagai satu isyarat peringatan dari Allah.DIA memberi ujian yang silih berganti ini supaya ana kembali dekat padaNYA.Ana memutarkan kembali kata-kata semangat yang pernah dituturkan pada sahabat2.Antaranya..."apabila Allah memberi kita ujian sebenarnya Allah sayang pada kita.DIA rindu mahu mendengar suara2 doa rayuan dan esak tangis kita padaNYA.Bukan DIA tak tahu kita sedih terluka lemah tak bermaya tetapi DIA mahu kita dekat denganNYA." dan itulah ana terima apa yang terjadi sebagai isyarat dariNYA.Masih cuba menerima semuanya dengan hati yang penuh redha.Sahabat-sahabat...doakan ana terus teguh di jalan tarbiyah ini...Amin Ya Rabb...


Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...(^_^)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates