Thursday, April 7, 2011

Jalan Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan nikmat iman dan islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...



Alhamdulillah...sedang menguatkan hati menguatkan semangat untuk mengupdate diari hati sang hamba ini dalam ketika kembali sibuk sebagai pelajar. Pagi ni insyaAllah ana punya sedikit kesempatan buat diri sendiri memandangkan sesi untuk waktu pagi dikosongkan pengisiannya. Waktu yang sebenarnya diperuntukkan untuk mengemas dan bersiap sedia berangkat ke kem selama 3 hari 2 malam. Sedang teman-teman lain bersama dunia sendiri ana mahu berada di dunia ini. Sungguh keletihan masih terasa. Minggu lepas berhempas pulas menyiapakan kerja-kerja di ofis sebelum notis 24jam ana serahkan pada pengurus jabatan pada hari ahad lepas. Hari isninnya pula barulah mahu bersiap segala-galanya. Jadual bas 11.00 malam. Dan ana tiba di rumah sekembali dari kampung menziarahi pusara ayah dan bonda serta guru-guru yang banyak berjasa kepada ana jam sudah 8.30 malam. Kemudian sambung mengemas lagi!


Bertolak menaiki bas jam 11.00 malam dan sampai lebih kurang jam 4.30 pagi. Sepanjang perjalanan badan sudah rasa tak bermaya. Perjalanan yang jauh dengan posisi badan yang statik kesakitan pada tulang belakang kian terasa. Mahu saja mengalirkan air mata saat itu. Di dalam hati mohon Allah berikan kekuatan buat menempuh ujian ini. Terus mengingatkan diri ini adalah perjuangan. Perjuangan untuk menjadi menjadi dan melahirkan profesional muslim di bidang rekabentuk. Demi misi dan visi ini pengorbanan yang bukan sedikit ana rasakan. Manakan tidak saat sudah punya tapak untuk membina kerjaya, saat masih puluhan ribu graduan universiti keluar tanpa pekerjaan ana melepaskan peluang itu. Tak kurang yang mengatakan ana rugi melepaskan peluang keemasan itu. Namun pada Allah ana serahkan segala-galanya. Bukan mudah juga buat ana untuk melakukan keputusan tersebut. Lama berfikir mencari sumber kekuatan dengan keyakinan pada janji-janjiNya akhirnya ana memutuskan untuk berundur jua dari syarikat ternama itu. Mengenangkan itu semua ana kuatkan hati untuk bertahan dan terus bertahan sehingga selesai mendaftar diri di WISDEC. Alhamdulillah...keberangkatan ana ke gedung ilmu ini tiba dengan selamat dan berjalan lancar.


Hari keduanya pula sesi orientasi bermula. Pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar diminta memperkenalkan diri masing-masing. Sesudah ana perkenalkan diri, pegawai pengelola sesi tersebut bercanda barangkali..."dah macam ustazah dah ni..ini ustazah kita la ea.." hurm..sinis juga bunyinya. Ana cepat-cepat betulkan minda ana. Biarkan apa saja mahu mereka katakan kerana niat di hati mahu menjadi profesional muslim yang berjaya dunia akhirat. Pastinya niat yang baik itu akan Allah uji dengan pelbagai perkara. Buat motivasi diri ana terima kata-kata itu sebagai satu cabaran! Ana mahu membuktikan bahawa perempuan berpewatakan muslimah juga boleh menjadi seorang "Designer" yang berjaya! Ana jadikan ilmuan-ilmuan Islam seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Ibn Khaldun sebagai aspirasi diri. Mereka ini seorang profesional dalam bidang masing-masing tetapi mereka tidak gagal untuk membawa imej islam bersama visi mereka untuk membawa kemajuan pada dunia. Islam bergerak seiringan dengan usaha. Nampak seperti ana bercita-cita besar. Ya benar...kerana ana mahu Islam kembali gemilang. Sudah tiba masanya untuk ana memacu langkah bukan lagi sekadar tarian statik permainan minda. InsyaAllah ana akan berusaha sedaya kekuatan izinan Allah. Namun usaha ini ana serahkan jua pada takdir Allah kerana tanpa pengetahuan kita telah DIA aturkan segala yang terbaik untuk kita meski kita jua merancang.


"Kita merancang Allah jua merancang. Tetapi perancangan Allah itu jualah sebaik-baik perancangan" 


Seusai sesi ditamatkan pada jam 5.00 petang ana bersama ahli-ahli rumah bergerak ke pekan banting untuk mencari sedikit keperluan untuk kem orientasi hari ini. Sambil kaki melangkah sambil mata melilau mencari surau ataupun masjid untuk menunaikan solat asar. Pencarian agak sukar kerna itu bukanlah kawasan biasa bagi kami tambahan di situ boleh dikatakan kawasan non muslim. Berjalan mata melilau di balik bangunan-bangunan dan stesen minyak jika ada surau. Akhirnya dari kajauhan ana terpandang seakan-akan lambang pusat ibadat. Kaki terus melangkah dan dalam hati mengharapkan ia adalah pusat ibadat "kami". Alhamdulillah itu adalah masjid. Alhamdulillah rasa gelisah di hati kerna belum melaksanakan kewajipan itu bakal hilang..(^_^)  Dan di masjid itu ada satu episod satu perasaan gembira bertamu di hati. Lalu muncul rasa ingin bercerita perasaan itu di dalam diari hati ini.


Saat ketika ana mahu berwuduk, singgah seorang wanita yang ana kira boleh dipanggil kakak jua untuk berwuduk. Kakak ini berwuduk di sebelah ana. Sebelum dia berwuduk ana lihat dia membuka buku. Musykil juga ana. Minda mentafsir barangkali sedang menghafal ilmu. Ana terpandang beliau melihat buku itu sambil berwuduk. Punya sesuatu lagi yang bermain di kotak fikiran. Tanpa sedar ana mengukir senyum dari hati. Hati berbunga gembira. Maha Suci Allah...Dialah yang memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja  yang DIA kehendaki. Ana terasa gembira. Sungguh-sungguh gembira! Saat ana memikirkan masalah umat Islam hari ini..masih ramai umat islam yang tidak bersolat..solatnya pun tak sempurna sebagaimana syariat...DIA memilih dan membuka hati kakak ini untuk kembali ke jalanNYA. Subhanallah... Saat ana ingin bersolat terlihat lagi beliau membuka buku dan meletakkan buku itu di sebelahnya. Allahuakbar..teringin benar diri ini mahu mengenalinya. Mahu mendekatinya... Ana berharap seusai solat dapat bersalam dan mempertaut ukhwah dengannya. Tetapi kesempatan itu tidak Allah izinkan. Barangkali ada percaturan Allah yang lebih baik untuknya. Namun ana masih menyimpan harapan moga dipertemukan kembali dengan kakak itu. Walau apa pun hati ana terasa lapang. Lapang dan tenang seusai menunaikan kewajipan dan melalui episod kehidupan hamba yang dipentaskan di hadapan mata. Terlalu hampir pada jasad dekat pada hati...Terima Kasih Ya Allah kerna Engkau telah memilih dan membuka pintu hatinya untukMu. Jadikanlah beliau sebaik-baik di sisiMu Ya Allah. Amin Ya Rabb...


Alhamdulillah...tinta pena tidak berdakwat ini bakal terhenti. Terima kasih Ya Allah kerna telah mengizinkan ruang ini untukku berkongsi rasa...Segala Puji Bagi Mu Ya Allah...

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...






Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates