Sunday, June 19, 2011

Doa dan Keyakinan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah masih Allah pinjamankan nikmat iman dan islam...



Lama tak ber'update kan...ada sahabat-sahabat yang bertanya.."bila nak update blog?" "blog dah update?"...maaf...maaf...maaf buat sahabat-sahabat yang ternanti-nanti tinta hamba kerdil ini.Minggu lepas baru saja melepasi waktu-waktu kritikal bagi kursus yang ana ikuti.Penat,serabut,tertekan usah dikata...macam-macam rasa ada.Ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang kembali kurang memberangsangkan.Namun dipujuk hati dengan kata "sabar".Beberapa hari sebelum final presentation badan diserang demam selesema dan dot dot dot....haru haru..membuat presentation dengan keadaan badan yang agak lemah dan suara yang telinga sendiri pun macam tak berapa nak dengar...hehehe...;p


Sesudah selesai semuanya cik tulang merengek-rengek pulak aihhh...tak lena tido tak boleh tido perkara biasa...anak bongsu tetap anak bongsu...keras lasak setara mana pun tak tahan sakit meleleh jugak air mata duk sorang-sorang...anak manja! ;p


Jumaat lepas ke hospital..sebab dah tak berdaya nak menahan...al-hasilnya...merasa la kena cucuk lagi! huaaaa....sakit sakit...balik je jalan senget sebelah! (^_~) cik bidadari besi...akhirnya kakakmu merasa lagi jarum hospital...huhu...


Ermm...panjang pulak celoteh kat atas ni kan3...sabo3...pasni dah serius ada plak yang sebak tak tau nak kata apa...ngeh3...


Ok...jom mengembara ke jalan cerita sepatutnya...cerita yang ana sendiri rasa sebak nak cerita..huhu...sabar ey hati...jangan nangis dulu..baca dulu baru nangis...;p


~~XXXXXXXXXXXXXXXXX~~


Entry kali ini ana bawakan untuk salah seorang adik yang dikasihi yang kini sedang diuji...ermm..berat mata memandang,telinga yang mendengar berat lagi bahu yang memikul...ana faham perasaan beliau.Apa yang pernah ana lalui hampir sama dengan keadaan yang dilaluinya sekarang.Lalu menghadirkan ana rasa untuk bercerita di sini.Moga-moga dapat memberikannya kekuatan juga buat sahabat-sahabat pembaca yang juga mungkin diuji tika ini.


Beliau mempunyai hasrat untuk mengembara di bumi Tuhan ini buat mendalami ilmu agama.Namun hasrat hatinya sedikit terhalang dari keluarga.Keinginan hatinya baik untuk belajar di pondok.Faham benar ana pada jiwa anak remaja sepertinya kerna ana juga begitu suatu waktu dulu.Hati memberontak mahu melunaskan hajat di hati..merealisasikan impian bukan sekadar angan-angan.


"adik...niat yang baik pastinya Allah akan menguji."


Itu antara kata-kata yang ana sampaikan padanya untuk cuba meredakan kegelisahannya.Mendengar luahannya benar-benar mengingatkan ana pada masa lalu.Waktu-waktu di mana hajat ana untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan enam seterusnya ke universiti mendapat halangan dari keluarga.Perit memang perit apabila apa yang dihajatkan apa yang diimpi-impikan mendapat tentangan apatah lagi jika halangan itu datang daripada darah daging sendiri,insan yang dikasihi,air dicincang takkan putus.Pedih terhiris sekeping hati...menangis,merintih hanya DIA yang tahu...


Menelusuri perjalanan lalu sebelum akhirnya diri ini terbang ke bumi kenyalang meneruskan pengajian ke universiti...seawal menyampaikan berita gembira permohonan ke universiti berjaya telah menerima kata putus dari abang..."tak payahlah pergi"...kata-kata yang cukup merobek hati ana saat itu.Tak terbendung air mata malam itu lena dengan air mata yang masih kebasahan di tubir mata.Dan....lebih terasa pilu apabila 2 hari selepas menerima berita kejayaan itu ayah tercinta dijemput kembali ke sisi Ilahi...air mata yang tumpah tika ini bukan sedikit..hampir seminggu menangis.Mengenangkan ayah yang telah pergi dan impian yang masih samar-samar mampu direalisasikan.Abang tidak mengizinkan,sumber kewangan yang dirasakan cukup mustahil untuk terbang ke sana serta masa yang tinggal hanya beberapa hari saja lagi untuk mendaftarkan diri..Allah..terasa hibanya diri saat itu.Segala-galanya harus difikirkan sendiri.Dikuatkan jua semangat dan keyakinan dalam hati.Sepanjang 3 hari berkampung di rumah ibu saudara untuk tahlil arwah ayah..sepanjang 3 hari 3 malam itulah ana memujuk abang.Doa yang tidak pernah putus serta solat hajat hampir setiap malam mengharapkan belas ihsan rahmat pertolonganNya.KepadaNya diadukan sesungguh hati mohon dibukakan pintu hati dan dilembutkan hati si abang untuk mengizinkan ana meneruskan impian dan tentunya jua hasrat hati seorang ayah.KepadaNya jua dipohonkan dipermudahkan jalan buat mengenggam impian tersebut.Akhirnya malam ketiga sebelum kami tidur ana memujuk abang buat kesekian kalinya...dan Ya Allah sujud syukur ana padaNya akhirnya abang mengizinkan jua...Alhamdulillah...akhirnya dengan izinNya DIA datangkan rezeki yang tidak putus-putus sehinggalah ana selamat terbang ke bumi kenyalang pada 1 Julai 2007...


Ujian itu tidak terhenti setakat itu...selepas berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun di unimas diri ini kembali diuji dengan ujian yang hampir sama...sekali lagi abang tidak mampu melepaskan ana kembali ke bumi kenyalang buat meraikan konvokesyen ana yang berlangsung pada oktober 2010.Allah menduga lagi...ana bukanlah berlatar belakangkan keluarga yang senang,maka faktor kewanganlah yang seringkali membuatkan abang berat hati mahu melepaskan ana ke sana..ana faham dan tidak juga menyalahkan abang.Namun kerna pengalaman lalu hati dipujuk yakin bahawa DIA mahu menguji diri ini.DIA mahu melihat keyakinan dan kebergantungan hati ini padaNya.Kali ini ana yakin "jika sudah rezeki tidak akan ke mana"...yakin setelah usaha dan doa.Disebabkan halangan abang itu memang sudah ana ketahui dari awal,maka ana berusaha mengambil keberkatan kemuliaan bulan rejab,syaaban dan ramadhan juga syawal merapatkan diri kepadanya memohon doa dimurahkan rezeki bukan sahaja buat meraikan majlis konvokesyen tetapi buat meneruskan kelangsungan hidup..sebabnya ana tak mahu menjadi penganggur tegar..hehe..;p


Lagi ujian datang menduga keyakinan...tika masih dalam suasana syawal dan beberapa minggu sebelum konvokesyen,ana menerima tawaran untuk menghadiri temuduga kerja...sesuatu yang diluar jangkaan ana...(^__^)...temuduga yang pertama setelah menamatkan pengajian.Tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kerana calon-calon lain yang turut sama hadir juga punya potensi yang hebat selain punya pengalaman.Masih tidak mengharapkan apa-apa kerana rasanya kurang sedia pun untuk ditemuduga saat itu..sebab belum punya pengalaman menghadiri temuduga di syarikat-syarikat besar dalam industri...hehe


Sambil menanti keputusan temuduga...alhamdulillah akhirnya Allah cukupkan juga rezeki ana untuk kembali ke sarawak meraikan konvokesyen bersama keizinan abang...dannnnn....tatkala seminggu sebelum berangkat menerima panggilan menyatakan ana berjaya terpilih untuk temuduga tersebut.Rezeki yang tidak dijangka...dari kotak fikiran yang tertanam "tak dapat pergi konvo"..."lambat lagi dapat kerja ni"...akhirnya Arezeki datang macam durian runtuh...tapiiii...hidup yang tak pernah sunyi dari diuji...ujian datang menduga lagi dan lagi...hampir setiap hari mendapat panggilan dari syarikat kerana berbincang masalah jadual lapor diri dan konvokesyen yang bertindan...salah satu panggilan berbunyi..."maaf cik...kita tak dapat nak tunggu sehingga cik selesai konvokesyen.kalau cik nak pergi juga untuk konvokesyen tu kami terpaksa gantikan dengan orang lain lah..." fuhhh...rasa berdesing telinga tertusuk jantung dengar ayat Puan HR ni..hehe...mana tidaknya...call 10.00 pagi mahu jawapannya sebelum 3.00 petang...hadoiiiii...haru biru betul rasanya hari tu..tengah bawak motor rasa macam tak pegang pun handle motor tu...;p


Ana menghubungi beberapa orang cikgu ana untuk mendapatkan pandangan.Hasil perbincangan demi perbincangan akhirnya cikgu ana mengatakan "baik awak pilih kerja sebab kerja susah nak dapat sekarang.konvokesyen tu kalau dah rezeki awak takkan ke manalah.percayalah cakap cikgu ni". Begitulah kata-kata seorang cikgu yang memang ana rapat dan banyak membantu ana sejak di bangku sekolah lagi.Cikgu yang banyak berjasa...terima kasih cikgu! (^__^)


Keputusan dan kata sepakat dicapai maka ana memutuskan untuk menerima tawaran kerja dengan hati yang penuh tawakal moga-moga masih ada rahmatNya buat mengizinkan ana meraikan konvokesyen yang sangat-sangat diharap-harapkan...


Episod duga yang panjang...2 hari selepas mengkhabarkan keputusan pada pihak syarikat ana dihubungi lagi..."cik..cik dah cancel tiket ke belum? Kalau boleh cik jangan cancel lagi yea..sebab pihak syarikat tengah berbincang samada tarikh lapor diri cik boleh ditunda atau tidak...kesian juga cik kalau tak dapat pergi konvokesyen..belajar dah bertahun tapi tak dapat konvo.." tudiaaaa....hati dah berbunga-bunga...ngeh3....


Dan tanpa henti hati ini terus mengutus doa padaNya di samping solat hajat mohon dipermudahkan segala urusan.,direzekikan dengan anugerah rezeki pekerjaan dan dapat meraikan konvokesyen...dan....2 hari selepas itu menerima lagi panggilan...dup dap dup dap...berdoa dan terus berdoa dalam hati...sambil telingan mendengar bait bicara Puan HR.."ok cik..pihak syarikat dah setuju untuk postpone tarikh lapor diri cik.." Ya Allah....sungguh ana terharu dengan kebesaran Allah saat itu...ujian demi ujian akhirnya nikmat berganda DIA anugerahkan.Kesabaran dan keyakinan yang berbalas...Allah...kerja dapat konvokesyen pun dapat...alhamdulillah...(^__^)


Perjalanan hidup ini ana kongsikan bukan untuk meraih simpati.Ana menceritakan sebagai ibrah buat diri dan hati-hati yang diiznkanNya..jika kita punya hajat namun banyak pula cabaran-cabaran sebagai lembah ujian yang menduga mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sesungguhnya mengharapkan rahmat pertolonganNya.Usah malu tetapi menangislah jika perlu menangis di hadapanNya.Dia mendengar setiap bicara kita.Ujian-ujian itu didatangkan untuk menguji keyakinan kita dan mengangkat darjat keimanan kita pada Allah.Tidak salah untuk menangis..menangislah yang dalam jiwa kita ini merasakan diri kita ini hamba yang lemah dan memerlukan Dia dalam segenap rasa serta impian kita.


Buat adik yang ku sayang...
Tabahkanlah hatimu menempuh ujian ini.Mohonlah pada Allah dengan sabar agar dilembutkan hati-hati itu untuk mengizinkan dirimu mengejar impian.Merintihlah pada Dia.Bukan Dia tidak tahu sakit lukanya hatimu diuji sebegini rupa...tetapi Dia mahu menangguh seketika untuk mendengar rintihan-rintihan yang cukup dirindukanNya.Dan apabila kita memperoleh nikmat yang kita kehendaki di sebalik kesabaran yang bukan sedikit sebenarnya Dia mahu mendidik kita pada erti kesabaran dan indahnya nilai kesabaran itu.Dia mahu membentuk keyakinan dalam keimanan bukan hanya sekadar fantasi kata-kata tetapi realiti pada sekeping hati yang redha pada segala bahan uji dan takdirNya.Maka bersabarlah teguhkanlah keyakinanmu padaNya.Ambillah keberkatan bulan-bulan mulia yang sedang kita lalui dan bakal lalui untuk bermunajat kepadaNya.Memohon belas kasihNya..Percayalah...suatu ketika kelak dirimu akan tersenyum apabila mengimbau kembali liku-liku perjalanan yang penuh teruji ini....(^__^)


Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...






Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates