Tuesday, December 7, 2010

"SOLAT 5 MINIT..."



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan ana untuk meng'update blog hari ini. ana mohon maaf pada tetamu2 pilihan Allah yang mungkin ternanti2 tinta seterusnya dari ana. 2 minggu ini ana agak sibuk menguruskan perpindahan ana ke rumah baru @ bilik sewa. Dulu sebumbung dengan kakak sulong ana banyak la perkara yang diurus bersama. Sekarang dah hidup membujang segala-galanya perlulah diuruskan sendirian...makan minum dah kena cari sendiri...hihi...(^_^). Berselang seli juga dengan kesihatan yang kurang baik dan tidak menentu akhir2 ni. Di ofis sememangnya ana tidak punya kesempatan untuk update blog. FB sekadar curi2 masa sikit...hehe...seharian di ofis dengan keadaan badan yang berapa baik membuatkan ana cepat kehilangan daya dan letih yang teramat bila pulang ke rumah. Semangat untuk mencurah kata pun jadi down walhal banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. InsyaAllah azam untuk tahun baru hijrah ini ana ingin lebih bersemangat serta istiqamah mengatur kembara...doakan ana yea sahabat2...(^_^)




"SOLAT 5 MINIT...." barangkali ada yang tertanya apa kisahnya di sebalik tajuk ini. Melalui beberapa detik berkaitan solat di ofis membuatkan ana rasa terpanggil untuk mengatur bicara bisu tanpa suara di sini. Minggu lalu ana "ditegur" oleh senior2 staff. Pertamanya pulang dari surau ana terus disapa oleh seorang engineer.."ko solat kat mana wan?ko ambil masa 45min.aku kira tadi..." ana agak tersentak dengan sapaan sedemikian rupa. Mungkin dia memandang silap ana kerana mengambil waktu kerja untuk solat sebegitu lama (waktu ana ke surau 2ptg dan waktu rehat adalah 12.30-1.30ptg). Sengaja ana ubah sedekit waktu untuk solat zuhur pada hari tersebut. Sebabnya ana tidak berapa enak solat dalam keriuhan muslimah2 yg lain yang kadang kalanya berbaur umpatan. Tidak selari dengan diri ana yang sedang bersolat diganggu petah bicara makcik2 itu dan ini riuhnya apatah lagi kurang sedar barangkali sedang menceritakan aib sesama makhluk di dalam surau...sangat3 tidak berkenan pada hati ana. Oleh sebab itu ana mengambil peruntukan 1jam waktu rehat dianjakkan ke hadapan sedikit supaya tidak seiring dengan golongan makcik2 tersebut. Tidak pula ana sangka kepulangan ana dari surau pada hari itu mengundang sapaan sedemikian.

Teguran kedua pula dari senior manager ana. Tatkala beliau menghubungi handphone ana, ana sedang bersolat. Seusai solat ana melihat hp dan tertera 3 missed call. Ana membuat panggilan kepada beliau dan memohon maaf kerana gagal menjawab panggilan beliau sebelumnya. Apabila ana memaklumkan ana sedang solat pada masa tersebut beliau mengatakan pada ana..."lamanya solat.." berdetak juga hati ana...tiada daya untuk membidas kerna bagi ana insan yang merasai manisnya saat bersama Khaliq serta kesempurnaan aturan solat tentunya tidak bicara seperti beliau dan juga engineer tadi. Kadangkala ana memantau juga solat staff2 di situ. Dalam perkiraan ana 5 minit sudah pun siap! Bagaimana pandangan sahabat2 apakah yakin sempurna solat 4 rakaat boleh disudahkan dalam masa 5 minit? Terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkannya. Jika ana, ana rasa tidak yakin solat ana bisa sempurna dalam 5 minit. Sudah lama ana memerhatikan solat sepantas begini. Sejak dibangku sekolah dan asrama. Pasti ada yang kurang pada tertib solatnya. Ana bukan mahu menjatuhkan hukum bahawa solat si A tidak sah si B tidak sempurna si C cacat itu dan ini. Tetapi ana melihat dari perspektif rukun solat itu sendiri:-

RUKUN SOLAT (13 PERKARA):


1. Niat.
Tempat niat di dalam hati dan dilakukan ketika mengucapkan takbirratul ihram




2. Berdiri bagi yang mampu.
Berdiri bagi yang berkuasa dalam solat fardhu. Jika tidak berkuasa,bolehlah duduk.Jika tidak sanggup duduk boleh berbaring tubuh ke arah kanan.Jika tidak berkuasa bolehlah bersandar atau menelentangkan badannya.

3. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akbar yang pertama).

4. Membaca surah Al-fatihah.
Dibaca pada tiap2 rakaat sama ada dia berseorangan atau berjemaah.Orang yang tidak dapat membaca Al-Fatihah hendaklah dia membaca sekadar yang dia ingat walaupun satu ayat.

5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
Rukuk itu hendaklah kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung (90 darjah)

6. Iktidal dengan tama'ninah.

7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
Hendaklah dilakukan dengan tujuh anggota iaitu dahi,hidung,dua tapak tangan, dua lutut dan hujung kedua kaki.Keadaan sujud itu hendaklah punggung lebih tinggi daripada kepala.

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.

9. Duduk Tasyahhud akhir.

10. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.

11. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W pada Tasyahhud Akhir.

12. Memberi salam yang pertama

13. Tertib.



Lihatlah pada rukun tersebut banyak menekankan tama'ninah.Menurut apa yang diajarkan pada ana oleh seorang guru tama'ninah ini adalah saat kita berhenti dan diam seketika daripada melakukan apa2 tindakan. Banyak sudah solat2 yang ana perhatikan hilang entah ke mana tama'ninahnya.Sesudah iktidal tangan masih dihayunkan ke hadapan dan ke belakang kemudian terus sujud.Saat rukuk dan sujud mulut masih terkumat kamit membaca bacaan rukuk/sujud terus bangkit.Lalu di mana tama'ninahnya??

Belum lagi disentuh tentang sebutan dan bacaan "Allahuakbar" serta Al-Fatihah.Pasti ramai yang tahu ayat ini.."SOLAT ITU TIANG AGAMA". Jadi jika tidak sempurna solat itu dengan sebaik2 sempurna bagaimana untuk tertegak kukuh agama "ISLAM" yang disebut-sebut.hampir setiap hari.Adakah ISLAM itu hanya terlekat pada mykad sahaja??



Firman Allah  SWT  ertinya : "Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar". ( Al-‘Ankabut : 45 )

Rasulullah S.A.W telah memperingatkan oranga2 yang tidak sempurna rukuknya dengan ancaman yang keras.Beliau pernah melihat orang rukuk dengan tidak sempurna dan sujud seperti mematuk lalu bersabda: 


"kalau orang ini mati dalam keadaan seperti itu, ia mati di luar agama Muhammad.ia sujud seperti burung gagak mematuk makanan,sebagaimana orang tidak rukuk sempurna dan sujud cepat seperti orang kelaparan makan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengeyangkannya" - HR Tabrani


Ana tidak mengatakan solat ana adalah sempurna dan sebaik-baik solat.Bicara ana pada entry ini adalah untuk mengingatkan kembali diri kita yang kadangkala mungkin terlupa pentingnya menjaga kesempurnaan solat.Jangan sekadar "ambil atau memenuhi syarat - asalkan solat sudah." Pesanan buat diri ana dan juga sahabat2,sama2 kita menjaga solat dengan sebaik mungkin kerna apabila kita dihidupkan kembali kelak perkara pertama yang akan ditanya adalah solat kita.Bersediakah kita menghadapi saat itu andai solat sekadar memenuhi syarat sedangkan baginda Rasulullah s.a.w yang dijanjikan syurga itu pun cukup berhati-hati pada solatnya? Tepuk dada...jangan tanya selera tapi tanyalah iman di dalam hati..(^_^)


Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...



Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...
(^_^)



2 comments:

=c.i.n.t.a= said...

salam sakinah...ana pn penah menghadapi situasi ini...smpai satu tahap kene sound buat tahajud skali ngan solat hajat ke...urm..dnia zaman sekrg...moga kita sama2 diberi petunjuk dariNYa..

Raudhatul Sakinah said...

salam ya ukhti..asif...begitu lama mengambil waktu untuk membalas komen ukhti...

hurm..apa2 pn mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi hati kita utk sentiasa memelihara kesempurnaan solat...insyaAllah..amin Ya Rabb...^_^


sedikit perkongsian terus dari Allah:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.(Riwayat: at-Tirmidzi)

Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.

moga bermanfaat...^_^

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates