Sunday, July 24, 2011

Cerita Tentang Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah masih Allah pinjamankan nikmat iman dan islam...syukur padaMu Ya Allah kerna melahirkan daku sebagai seorang Islam...


Lama tak mengupdate blog. Ramadhan pun tak lama lagi bakal menjelma...rindu benar rasanya hati ini pada keindahan ramadhan.Moga diri ini diberikan kesempatan untuk melalui ramadhan kali ini dengan lebih baik...insyaAllah..amin ya Rabb...


"Cerita Tentang Hati" sudah lama tajuk ini bermain-main di fikiran ana.Ada sesuatu yang penting pada hati membuatkan ana mahu menterjemahkan pada kata-kata.Mungkin sudah ramai yang sudah bercerita tentang hati..hati bersih,hati kotor,naluri hati...tetapi kali ini ana mahu menyingkap sendiri tentangnya...mungkin tidak menjadi bekas pada mana-mana hati tetapi biarlah tinta ini menjadi peringatan buat ana sendiri.Terkadang kita selalu "brain wash" hati-hati orang lain akan tetapi kita terlupa untuk "brain wash" hati sendiri.Sibuk dengan urusan dunia seringkali kita terlupa seketul hati yang berada di dalam tubuh itu juga perlu dicuci sebagaimana kita merasakan pentingnya menjaga kebersihan fizikal.Mandilah 5 atau 6 kali sehari pun jika sekutul hati dalam jasad itu tidak bersih bernilaikah amal kita di sisi Allah??


Seketul hati meski di dalam jasad kita tetapi ia bukanlah milik kita.Tetapi ia milik Allah.Dan setiap sesuatu yang menjadi milik Allah itu adalah berupa barang pinjaman semata-mata.Sekelip mata Dia bisa mengambil kembali hakNya.Maka tidak mustahil hati yang bersih boleh menjadi kotor dan hati yang kotor boleh menjadi bersih dengan kekuasaanNya.Usah sombong usah bongkak jika hari ini ada insan yang memuji kita baik.Usah cepat melatah dengan pujian orang.Baik buruk diri kita adalah dengan izin Allah jua.Saat diri dipuji jangan lupa untuk mengembalikan pujian itu kembali pada Allah.Sentiasa terpahat diingatan bicara seorang guru buat ana..."kita ini hanyalah hamba.tak layak pun bagi kita sebenarnya untuk menerima pujian.Yang berhak menerima pujian itu hanyalah Allah." Bila mana diri dipuji cepat-cepatlah kembalikan hati itu pada Allah.Seberapa pantas bertindaklah menyedarkan diri serta beristighfar bahawa kita ini hanyalah hamba.Untung nasib di sana tidak kita ketahui natijahnya.Hadirkanlah rasa kerdilnya seorang hamba lalu tanyalah pada diri, layakkah aku untuk menerima pujian itu??


Seketul hati...hanya sebahagian kecil anggota tubuh kita tetapi di situlah menyimpan pelbagai cerita.Cerita-cerita daripada episod kehidupan.Ujian,cabaran,dugaan,suka duka, tawa gembira, keluh kesah, sakit derita, cinta, kasih sayang mahupun benci...di situlah permulaannya kita merasa dan menyimpan cerita di sebaliknya.Citera yang menuntut kita mencari solusi buat mengawal hati agar berbahagia dan merasa tenang di sisi Allah.Berbahagia dan merasa tenang di sisi Allah...yakni kita yakin dan percaya bahawa segalanya boleh diatasi dengan izin Allah.Saat hati dilanda gundah wajah masih bisa mengukir senyum.Senyum yang bukan dibuat-buat tetapi rekahan senyuman yang bermula dari hati seterusnya terzahir pada wajah atas dasar yakin dan percaya pada percaturan Allah.Apabila diri disakiti hati mudah memaafkan,apabila dilukai hati masih gembira mengukir senyum...bukan mudah mahu melaksanakannya.Bukan mudah mahu berfikiran positif pada sesuatu perkara yang amat menyakitkan.Tetapi itulah cerita kehidupan.


Tidak Allah hadirkan ujian itu sebagai sesuatu yang sia-sia melainkan mahu mendidik hati dan jiwa kita agar kembali kepadaNya.Saat insan lain dibiarkan sepi tanpa cahaya Dia memilih hati-hati kita untuk diberikan sedikit ujian.Tidak lain dan tidak bukan Dia sebenarnya mahu kita bersamaNya.Keluh kesah, sakit derita pada Dia kita adukan.Riang gembira tertawa ceria pada Dia kita panjatkan kesyukuran.Tidak berbahagiakah kita pada pilihan ini? 




Hati ini milik Allah.Usah kita merasa terlalu senang dan tenang bila mana mudahnya melakukan amal kebaikan.Selalu harus dikemaskini..disemak niat kita adakah telah kita berbuat sesuatu itu kerana Allah? Bimbang...jika amal itu tertolak kerna dalam hati masih menyimpan sekelumit mahupun sebesar zarah perasaan riak,takbur dan ujub dengan amal kebaikan tersebut.Jika di dunia telah tertolak satu per satu lalu bagaimana bekal yang mahu kita bertemu denganNya di padang masyar kelak?? Di alam barzakh siapakah yang bisa membantu kita menjawab soalan-soalan Malaikat Mungkar dan Nakir jika segalanya telah terhapus tika di dunia??

Coretan bicara yang telah sekian lama ana simpan di benak fikiran.Moga-moga menjadi ruang muhasabah bersama dalam meniti cinta Rabbi meraih redhaNya di dunia dan akhirat.Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan pada hayatnya.Dan apabila hati itu telah Allah sentuh dengan hidayahNya maka bersyukurlah dan berusahalah kita untuk menjaga hati kita dengan sebaik-baiknya.Kita tidak akan mampu menjadi insan sempurna tetapi berusaha dan terus berusaha mencipta masa depan demi kebahagiaan hidup akhirat yang kita harapkan.






" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,menyusahkan hidupmu pasti akan damailah hatimu kerana masakan sengaja Allah mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk didekati dan akrab denganNya..."


Alhamdulillah...tinta pena tidak berdakwat ini bakal terhenti. Terima kasih Ya Allah kerna telah mengizinkan ruang ini untukku berkongsi rasa...Segala Puji Bagi Mu Ya Allah...

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)

4 comments:

Lu'luah Nur Jamilah said...

Assalamualaikum, ukhti..

Saya pohon izin memetik kata-kata di sini.

Siti Nor Hidayu said...

terusik hati apabila membaca post2 awak. masyaAllah, hebat logam yang Allah kurniakan buat awak untuk berbakti di jalanNya. mohon izin sy copy article ni utk sy postkan di blog sy... :)

Krew PRODUCE said...
This comment has been removed by the author.
Al Fatah said...

Amin..Alhamdulillah..Moga Allah memudahkan perjalanan kita sebagai seorang khalifah dibumi ini..salam ziarah! Saya doakan enti sentiasa istiqamah menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah ni bumi ini..Kita hanya merancang,Allah jua merancang tetapi perancangan Allah yg paling terbaik.Usah bersedih..Allah sentiasa bersama dgn kita.Amin

http://sinardhuha.blogspot.com/

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates