Tuesday, May 17, 2011

Tinta Kasih Buat Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan nikmat iman dan islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Allah...lama dibiarkan laman kasih ini tidak berisi. Rindu sebenarnya untuk berkata-kata. Hari-hari yang dilalui bukan tidak pernah ada "point" untuk menulis. Tidak mengira tempat hati ini sentiasa rindu untuk mengolah bicara meluah rasa yang terpendam. Kadang-kadang waktu makan,belajar dan bekerja keinginan itu datang meronta-ronta. Dan kadang-kadang "point"nya sudah ada tetapi emosi pula yang tidak bersedia. Ana tidak mahu coretan yang terhasil di sini bercampur dengan emosi yang penuh ketegangan. Biarlah ia memang benar lahir dari kotak hati. Memang lama ana biarkan laman ini sepi namun seringkali juga menjenguk kerna rindu. Alhamdulillah...kesihatan semakin beralih ke kondisi  yang agak positif berbanding 2 ke 3 minggu yang lalu. Hampir sebulan kondisi badan tidak stabil,lemah tidak berdaya. Sampai suatu ketika rakan sebilik ana menyangka ana sudah "tiada" kerna sewaktu ana tidur dilihatnya badan ana pucat yang teramat pucat katanya. Siap memastikan suhu badan dan letakkan jarinya di hidung ana...aduhai teman yang seorang ni...terima kasih yea prihatin pada temanmu ini...(^___^)


Dan sekarang dalam proses untuk "refresh" kembali keadaan badan ana supaya semakin sihat dan semakin bersemangat untuk meneruskan misi pengembaraan di bumi Tuhan...ini adalah ikhtiar..namun jika anugerah kesihatan yang kurang baik ini adalah bahan ujiNya buat ana untuk lebih dekat denganNya ana redha.


‎~ Ya Allah. andai kesakitan ini bahan ujiMu untuk ku maka ku pohon padaMu redhakanlah hati ku untuk menerima segala ketentuan ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kehambaan padaMu. Amin Ya Rabb ~ 


Biarlah badan ini menanggung kesakitan andai dengan keadaan itu lebih mempertautkan hati ini padaNya. Ana juga insan biasa yang kadang-kala lemah terduduk jua bila diuji. Saat-saat begini sentiasa DIA hadirkan ana sahabat-sahabat buat penguat diri. Suatu ketika pada waktu ana tidak berdaya menghadapi ujian kesakitan itu jua ujian lain yang beriringan serentak,ana menghubungi salah seorang adik kesayangan anugerah Allah. Ana berbalas sms dengan adik mohon doa darinya...mungkin berkat doanya jua ana beransur sihat. Alhamdulillah syukur pada Allah...terima kasih adik! (^___^)


Antara smsnya yang berjaya mengetuk pintu kekuatan hati ana..."akak sudah lama bertahan dengan ujian demi ujian.teruskanlah bertahan hingga nafas yang terakhir kak" Allah...berdetak hati saat ana membaca ayat  ini...ya benar kata-kata adik...ana sudah bertahan dengan ujian demi ujian sejak kecil lagi. Kenapa tidak untuk kali ini...

"Allah yang memberikan ujian DIA jua yang memujuk dengan bahasa dan kehendakNya"

Tak percaya? Cuba kalian singkap kembali waktu-waktu yang pernah diuji dan renungkanlah kembali bagaimana kalian beroleh kekuatan setelah berasa lemah saat diuji. Fikir-fikirkan bagaiman kalian boleh senyum kembali dan berada sebagaimana hari ini sedang suatu ketika dulu pernah menangis,merintih lemah tidak berdaya mengharung segala ujian yang datang...jika pada jawapan itu ada yang mengatakan..

"ooo...kawan baik saya yang datang pujuk saya " mungkin boleh cuba mencari jawapan pada persoalan ini.."macam mana kawan baik saya boleh datang pujuk saya masa saya sedih?" (^__^)

"erm...masa saya tengah sedih-sedih tu ada makcik datang dan nasihatkan saya..." mungkin boleh cuba bertanya soalan ini..."errr...siapa yang gerakkan hati makcik ni datang pada saya?" (^__^)

"kalau saya sedih ke marah ke kecewa ke kejap je..lepas tu ok la..x payah ada sape2 pun pujuk.." mungkin boleh cuba bertanya soalan ini.."siapa yang buang perasaan sedih,marah dan kecewa tu dari dalam hati saya sedangkan tak ada siapa-siapa pun tahu saya tengah sedih dan kecewa?" (^__^)

"dulu saya selalu gagal dalam exam..tapi sekarang saya dah jadi cikgu.." mungkin boleh cuba bertanya pada diri..."siapa yang beri saya kegagalan dan siapa pula yang memberikan saya rahmat dapat jadi cikgu.." (^__^)

Galilah jawapan-jawapannya dari dasar hati...benar jika mengatakan insan-insan di sekililing kita yang mendidik kita untuk jadi kuat. Tapi harus kita sedar bagaimanakah insan-insan ini didatangkan kepada kita dan dari mana mereka beroleh kata-kata untuk memberikan kita kata-kata perangsang untuk menjadi seseorang yang terus bersemangat dan kuat menghadapi pancaroba kehidupan...

"Tidaklah berlaku sesuatu itu melainkan dengan izin dan kehendak Allah yakni Tuhan bagi sekalian alam"

Tidak mampu untuk kita menggerakkan hatta walau satu jari sekalipun jika Dia tidak mengizinkannya untuk bergerak....

Syukur pada Allah yang telah menganugerahkan ujian buat diri ini dan menghadirkan ana sahabat-sahabat untuk menyegarkan kembali semangat diri. Cukup indah bahasa pujukanNYA. Terima kasih pada sahabat-sahabat,adik-adik dan kakak-kakak yang sentiasa mengadakan diri kalian buat insan kerdil ini. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Moga kalian berbahagia dunia dan akhirat sahabatku...Amin Ya Rabb.

Buat adik-adik tersayang...akak sayang adik-adik semua! syukran kerna sentiasa meniupkan semangat, menemani saat diri ini sedang sakit mahupun berduka...

Buat sahabat-sahabat tersayang...ukhti saeidah,ukhti isma,ukhti nadzirah...ana juga sayangkan kalian! syukran jazilan sahabat kerna sentiasa bersama suka duka.

Buat kakak-kakak tersayang...syukran atas kasih sayang dan doa-doa kalian...

"Barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair." Semoga Allah memberkatimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dalam kebaikan..Amin Ya Rabb...(。◕‿◕。)

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk terus menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Alhamdulillah...Terima Kasih Allah
kerna telah mempertemukan ku dengan sahabat-sahabat ku ini.

Terima Kasih Sahabat Untuk Segala-galanya

Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)




Thursday, April 7, 2011

Jalan Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan nikmat iman dan islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...



Alhamdulillah...sedang menguatkan hati menguatkan semangat untuk mengupdate diari hati sang hamba ini dalam ketika kembali sibuk sebagai pelajar. Pagi ni insyaAllah ana punya sedikit kesempatan buat diri sendiri memandangkan sesi untuk waktu pagi dikosongkan pengisiannya. Waktu yang sebenarnya diperuntukkan untuk mengemas dan bersiap sedia berangkat ke kem selama 3 hari 2 malam. Sedang teman-teman lain bersama dunia sendiri ana mahu berada di dunia ini. Sungguh keletihan masih terasa. Minggu lepas berhempas pulas menyiapakan kerja-kerja di ofis sebelum notis 24jam ana serahkan pada pengurus jabatan pada hari ahad lepas. Hari isninnya pula barulah mahu bersiap segala-galanya. Jadual bas 11.00 malam. Dan ana tiba di rumah sekembali dari kampung menziarahi pusara ayah dan bonda serta guru-guru yang banyak berjasa kepada ana jam sudah 8.30 malam. Kemudian sambung mengemas lagi!


Bertolak menaiki bas jam 11.00 malam dan sampai lebih kurang jam 4.30 pagi. Sepanjang perjalanan badan sudah rasa tak bermaya. Perjalanan yang jauh dengan posisi badan yang statik kesakitan pada tulang belakang kian terasa. Mahu saja mengalirkan air mata saat itu. Di dalam hati mohon Allah berikan kekuatan buat menempuh ujian ini. Terus mengingatkan diri ini adalah perjuangan. Perjuangan untuk menjadi menjadi dan melahirkan profesional muslim di bidang rekabentuk. Demi misi dan visi ini pengorbanan yang bukan sedikit ana rasakan. Manakan tidak saat sudah punya tapak untuk membina kerjaya, saat masih puluhan ribu graduan universiti keluar tanpa pekerjaan ana melepaskan peluang itu. Tak kurang yang mengatakan ana rugi melepaskan peluang keemasan itu. Namun pada Allah ana serahkan segala-galanya. Bukan mudah juga buat ana untuk melakukan keputusan tersebut. Lama berfikir mencari sumber kekuatan dengan keyakinan pada janji-janjiNya akhirnya ana memutuskan untuk berundur jua dari syarikat ternama itu. Mengenangkan itu semua ana kuatkan hati untuk bertahan dan terus bertahan sehingga selesai mendaftar diri di WISDEC. Alhamdulillah...keberangkatan ana ke gedung ilmu ini tiba dengan selamat dan berjalan lancar.


Hari keduanya pula sesi orientasi bermula. Pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar diminta memperkenalkan diri masing-masing. Sesudah ana perkenalkan diri, pegawai pengelola sesi tersebut bercanda barangkali..."dah macam ustazah dah ni..ini ustazah kita la ea.." hurm..sinis juga bunyinya. Ana cepat-cepat betulkan minda ana. Biarkan apa saja mahu mereka katakan kerana niat di hati mahu menjadi profesional muslim yang berjaya dunia akhirat. Pastinya niat yang baik itu akan Allah uji dengan pelbagai perkara. Buat motivasi diri ana terima kata-kata itu sebagai satu cabaran! Ana mahu membuktikan bahawa perempuan berpewatakan muslimah juga boleh menjadi seorang "Designer" yang berjaya! Ana jadikan ilmuan-ilmuan Islam seperti Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Ibn Khaldun sebagai aspirasi diri. Mereka ini seorang profesional dalam bidang masing-masing tetapi mereka tidak gagal untuk membawa imej islam bersama visi mereka untuk membawa kemajuan pada dunia. Islam bergerak seiringan dengan usaha. Nampak seperti ana bercita-cita besar. Ya benar...kerana ana mahu Islam kembali gemilang. Sudah tiba masanya untuk ana memacu langkah bukan lagi sekadar tarian statik permainan minda. InsyaAllah ana akan berusaha sedaya kekuatan izinan Allah. Namun usaha ini ana serahkan jua pada takdir Allah kerana tanpa pengetahuan kita telah DIA aturkan segala yang terbaik untuk kita meski kita jua merancang.


"Kita merancang Allah jua merancang. Tetapi perancangan Allah itu jualah sebaik-baik perancangan" 


Seusai sesi ditamatkan pada jam 5.00 petang ana bersama ahli-ahli rumah bergerak ke pekan banting untuk mencari sedikit keperluan untuk kem orientasi hari ini. Sambil kaki melangkah sambil mata melilau mencari surau ataupun masjid untuk menunaikan solat asar. Pencarian agak sukar kerna itu bukanlah kawasan biasa bagi kami tambahan di situ boleh dikatakan kawasan non muslim. Berjalan mata melilau di balik bangunan-bangunan dan stesen minyak jika ada surau. Akhirnya dari kajauhan ana terpandang seakan-akan lambang pusat ibadat. Kaki terus melangkah dan dalam hati mengharapkan ia adalah pusat ibadat "kami". Alhamdulillah itu adalah masjid. Alhamdulillah rasa gelisah di hati kerna belum melaksanakan kewajipan itu bakal hilang..(^_^)  Dan di masjid itu ada satu episod satu perasaan gembira bertamu di hati. Lalu muncul rasa ingin bercerita perasaan itu di dalam diari hati ini.


Saat ketika ana mahu berwuduk, singgah seorang wanita yang ana kira boleh dipanggil kakak jua untuk berwuduk. Kakak ini berwuduk di sebelah ana. Sebelum dia berwuduk ana lihat dia membuka buku. Musykil juga ana. Minda mentafsir barangkali sedang menghafal ilmu. Ana terpandang beliau melihat buku itu sambil berwuduk. Punya sesuatu lagi yang bermain di kotak fikiran. Tanpa sedar ana mengukir senyum dari hati. Hati berbunga gembira. Maha Suci Allah...Dialah yang memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja  yang DIA kehendaki. Ana terasa gembira. Sungguh-sungguh gembira! Saat ana memikirkan masalah umat Islam hari ini..masih ramai umat islam yang tidak bersolat..solatnya pun tak sempurna sebagaimana syariat...DIA memilih dan membuka hati kakak ini untuk kembali ke jalanNYA. Subhanallah... Saat ana ingin bersolat terlihat lagi beliau membuka buku dan meletakkan buku itu di sebelahnya. Allahuakbar..teringin benar diri ini mahu mengenalinya. Mahu mendekatinya... Ana berharap seusai solat dapat bersalam dan mempertaut ukhwah dengannya. Tetapi kesempatan itu tidak Allah izinkan. Barangkali ada percaturan Allah yang lebih baik untuknya. Namun ana masih menyimpan harapan moga dipertemukan kembali dengan kakak itu. Walau apa pun hati ana terasa lapang. Lapang dan tenang seusai menunaikan kewajipan dan melalui episod kehidupan hamba yang dipentaskan di hadapan mata. Terlalu hampir pada jasad dekat pada hati...Terima Kasih Ya Allah kerna Engkau telah memilih dan membuka pintu hatinya untukMu. Jadikanlah beliau sebaik-baik di sisiMu Ya Allah. Amin Ya Rabb...


Alhamdulillah...tinta pena tidak berdakwat ini bakal terhenti. Terima kasih Ya Allah kerna telah mengizinkan ruang ini untukku berkongsi rasa...Segala Puji Bagi Mu Ya Allah...

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...






Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)

Saturday, March 19, 2011

Kembara Perhambaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan nikmat iman dan islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Lama laman ini terbiar sepi.Dengan semangat yang masih bersisa akan diusahakan untuk terus menghidupkannya di jalan dakwah.Biar mungkin tidak dibaca ramai pengikutnya,naluri sekeping hati mahu diari ini terus bernafas.Meski telah dipilih seseorang oleh Allah untuk membaca isinya lalu ia beroleh manfaat darinya itu pun sudah memadai.Sekurang-kurangnya detik kiraan amal itu berjalan daripada membiarkannya di tahap sifar tanpa sebarang hasil bernilai tambah.Alhamdulillah...masih diizinkan untuk menulis...(。◕‿◕。)


Sebenarnya minggu lepas punya sesuatu yang ana coretkan.Namun keadaan fizikal yang kurang baik membuatkannya terhenti di pertengahan jalan.Bukan mudah untuk ana menyiapkan satu artikel di sini.Harus berperang dengan kondisi badan yang tidak berupaya berkeadaan duduk dalam tempoh yang lama.Jadi kali ini ana berdoa moga penulisan ini sampai ke nokhtah terakhirnya.Amin Ya Rabb...:)


Artikel yang lalu ana bawakan emosi "mencari damai yang hilang" lantaran fikiran yang terlalu kusut dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di pentas sebuah kehidupan.Emosi itu tercurah di laman sepi ini.2 miggu sudah artikel itu dan kini perlahan-lahan damai itu kembali menghiasi taman jiwa.Terasa hati ini bisa tersenyum kembali.Senyum dari hati (。◕‿◕。) Alhamdulillah.Tidak putus-putus Allah memujuk dengan bahasaNYA.Dipinjamkan ilmu-ilmu,adik-adik serta sahabat-sahabat buat mengembalikan kekuatan dan senyuman di jiwa.


"Indahnya apabila segala-galanya berkait denganMu"

Setiap apa yang berlaku itu apabila dikaitkan dengan Yang Memberi pasti akan kita temui kesudahannya satu persatu.Kerna tidak DIA berikan sesuatu yang kurang baik itu pada kita melainkan kebaikan jua yang ingin dipersembahkan kepada kita.Itulah hakikat sebenarnya DIA Yang Memberi.Baik atau buruk sesuatu perkara itu harus kita terima sebagai satu medan tarbiyah bahawa DIA sebenarnya mahu mendidik jiwa kita akan erti suatu keyakinan padaNYA.Bagaimana dari satu titik keyakinan itu akan membuahkan rasa kesyukuran,keredhaan dan keikhlasan menerima dalam memberi.

Apabila sesuatu yang berlaku itu kita mencari punca datangnya ia dalam rasa kehambaan akan kita temui bahawa segala-galanya datang dari Allah.Dari suatu pencarian akan membentuk suatu keyakinan bahawa "segala-galanya datang dari Allah".

"Tidaklah gugur hattaa walau sehelai daun pun ke bumi tanpa pengetahuanNYA"

Lalu perasaan syukur itu harus kita susuli kerana masih dianugerahkan rasa hidup berTuhan.Masih yakin bahawa Allah itulah Pemilik segala-galanya bagi alam ini.Hidup sebagai hamba harus kita bawa 3 persoalan penting walau ke mana sahaja kita pergi.

1. Dari mana "aku" datang?

2. Kenapa "aku" didatangkan?

3. Ke mana "aku" akan pergi?

Berkelanalah walau ke mana sekalipun dan sehebat mana pun ujian yang DIA datangkan akan kita temui "damai yang hilang" dek kerana terasa lelah diuji selama mengembara di bumi Tuhan ini.3 soalan ini dengan izin Allah akan menyedarkan kita akan hidup berTuhan.

Apabila bertanya "Dari mana aku datang?" - Jawapannya harus kita susuri sirah kejadian insan.Bermulanya penciptaan manusia dari tanah menerusi penciptaan Nabi Adam a.s.

"Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu daripada saripati yang berasal dari tanah" 
 (Al-Mukminun: 12)

seterusnya diberikan pasangan bagi kaum sejenis yakni penciptaan Hawa dari rusuk kiri Nabi Adam a.s.

"Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah(air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)." - (Al-Mukminun: 13)

"Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat,lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal daging,dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang,lalu tulang-belulang itu Kami bungkuskan dengan daging,kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain,Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta" - (Al-Mukminun: 14)

Maka dari soalan itu akan kita ketahui dari mana sebenarnya kita datang dan tidak lain tidak bukan adalah dari Allah! 

Apabila bertanya "Kenapa aku didatangkan?" - Jawapannya harus kita susuri dengan bertanya kembali pada diri kenapa Allah menciptakan aku ke dunia ini? Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? Harus kita tanya dan jawab dengan sejujur-jujurnya.

"Tidak Kami menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Kami"
(Az-Zariyat: 56)

Allah...pujuklah jiwa kita untuk sedar akan hakikat ini.Hakikat bahawa kita hanyalah seorang hamba yang harus tunduk bersujud patuh kepada setiap perintah jua laranganNYA.Akuilah wahai diri! Sedarlah diri kita hanya seorang hamba yang sangat hina tanpa belas ihsan kasih sayangNYA.Allahurabbi....ampunilah segala dosa kami yang terlalu banyak alpa pada segala perintahMu.

Harus kita sedar apabila dikatakan beribadah bukanlah hanya pada solat,puasa,tunai haji,zikir,ceramah dan sebagainya.Bahkan apa sahaja perlakuan yang kita laksanakan dalam kehidupan ini (kecuali perkara keburukan) niatnya kerana Allah walau sekecil-kecil perkara akan dikira sebagai ibadah di sisi Allah.Makan,minum,bekerja,belajar,tidur,berkebun,berjalan hatta memqada hajat sekalipun jika disertakan niat kerana Allah pasti akan menjadi ibadah dalam perhitunganNYA.

Apabila bertanya "ke mana aku akan pergi?" - Jawapannya harus kita soroti jejak terakhir sebuah pengembaraan di bumi Tuhan ini.Hidup lawannya Mati.Mati kita pelabuhannya bukan di alam kubur.Alam kubur itu hanya singgahsana sementara sebelum sekalian yang hidup ini akan dikumpulkan di padang Masyar kelak menanti dihisab amalnya satu per satu ketika hidup di dunia.Destinasi terakhir adalah antara syurga ataupun neraka.Ke mana mahu kita pergi antara keduanya kita sendiri yang memilihnya.Sesungguhnya syurga itu jualah dambaan setiap hamba yang beriman dengan sebenar-benar iman dan takwa kepada Allah.Walau bagaimanapun usahlah kita beramal beribadah kerana mahukan syurga takutkan neraka.

Sedikit kisah cinta Rabiatul Adawiyah ana kongsikan dalam kembara perhambaan ini sebagai renungan kita bersama...

~~XXXXXXXXXXXXXXXXX~~

Pernah suatu hari beberapa orang soleh datang berziarah ke rumah Rabiatul Adawiyah.Ketika itu terjadilah soal jawab antara Rabiatul Adawiyah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah.Salah seorang mereka ditanya Rabiatul Adawiyah,

"Mengapa anda menyembah Allah?" tanya Rabiatul Adawiyah

"Kerana saya takut api neraka," jawab tetamu itu.

"Mengapa anda menyembah Allah?" Rabiatul Adawiyah bertanya pula kepada tetamu yang lain.

"Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNYA," jawab tetamu itu.

Rabiatul Adawiyah menarik nafas panjang kemudian berkata:

"Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!"

Sejurus Rabiatul Adawiyah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka.Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan,

"Sekiranya syurga dan neraka tidak ada,apakah kamu tidak menyembah Allah?"

~~XXXXXXXXXXXXXXXXX~~

Berusahalah untuk beramal ibadah semata-mata kerana Allah.tanamkan ke dalam jiwa kita apabila mati dan dihidupkan kembali kelak ingin bertemu dengan Pencipta yang Maha Agung serta kekasihNYA Rasulullah s.a.w. Cukuplah syurga itu sebagai rimbunan berteduh merehatkan usia yang kekal abadi.Barang siapa yang menjadikan Allah dan Rasulullah itu sebagai kekasihnya yang sejati bukankah kekal berdampingan dengan Sang Kekasih itu lebih kita dambakan dari segalanya? Tepuk dada tanyalah iman di hati...(。◕‿◕。)

Alhamdulillah...dengan izin Allah bicara ini akan tiba ke nokhtah terakhirnya.Segala puji bagiMu Ya Allah yang telah mengizinkan hambaMu ini menaip bicara mempersembahkan ilmuMu buat tatapan hamba-hamba pilihanMu jua.Terima kasih Ya Allah.Segala puji hanyalah untukMu Maha Besar Maha Berkuasa ke atas segalanya.

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...

Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...
(。◕‿◕。)



Wednesday, March 2, 2011

Mencari Damai Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Alhamdulillah...dengan izinNYA jari-jemari ini kembali mengorak tari.Sedar tak sedar rupanya sudah 2 minggu ditinggalkan diari ni. 2 minggu yang banyak mencabar minda, fizikal dan jiwa hamba yang lemah. Ujian datang silih berganti.Sehinggalah dua hari sebelum ini menerima empat berita musibah berturut2.Seperti mahu terduduk lemah jasad ini.Dalam tempoh 24jam segalanya datang satu per satu.Pergi kerja seperti biasa namun apabila di ofis kadang-kala otak dah macam blurr tak tau nak buat apa.Teringat pada setiap perkara yang berlaku.Hati menjadi bimbang serta merta.Lama termenung menyelami hati sendiri akhirnya mengatakan pada jiwa.."ini ujian Allah untukku". 2 minggu ini emosi memang agak tergugat.Pasang surut pada keadaan yang tak menentu.Lantas tindakan drastik diambil dengan men'deactivekan akaun facebook.Bukan mahu melarikan diri dari sahabat2 tetapi mahu berusaha mengembalikan ketenangan jiwa.


Awal pagi hari ini ana agak gembira...namun panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari.emosi kembali memberontak.Agak STRESS! Ana pulang kerja awal dari biasa.Mahu mencari ketenangan! Kelukaan di hati membuatkan ana seolah mahu tersungkur.Hati bengkak kecewa!! Hampir menitis air mata mengenang segalanya.Sampai di rumah segera ana ke bilik air.Salah satu favourite ana bila fikiran yang mula berserabut jiwa yang mula kacau..ana akan mandi! membiarkan air mencurah2 membasahi kepala.Air yang mengalir seakan membawa bersama segala yang membebani hati dan fikiran saat itu.Sesudah itu ana menunaikan solat asar.Berteleku di atas sejadah cinta memujuk jiwa dengan bait-bait Tiada Tuhan Yang Disembah Melaikan Allah, Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar. Satu per satu dititipkan disusuri dengan doa bersama juraian air mata.Memohon rahmat kekuatan dariNYA dikuatkan jiwa ini buat mendepani segala mehnah yang diberi.Memujuk dan terus memujuk dengan surah Al-Insyirah.Surah Al-Insyirah dan Ayatul Kursi antara surah "favourite" ana kala mencari ketenangan jiwa.Setiap kali mahu menduduki peperiksaan surah ini jugalah yang ana amalkan.Alhamdulillah...terapi rohani ini sedikit demi sedikit mendamaikan hati.


Ana bermuhasabah diri...segala yang berlaku ana terima sebagai satu isyarat peringatan dari Allah.DIA memberi ujian yang silih berganti ini supaya ana kembali dekat padaNYA.Ana memutarkan kembali kata-kata semangat yang pernah dituturkan pada sahabat2.Antaranya..."apabila Allah memberi kita ujian sebenarnya Allah sayang pada kita.DIA rindu mahu mendengar suara2 doa rayuan dan esak tangis kita padaNYA.Bukan DIA tak tahu kita sedih terluka lemah tak bermaya tetapi DIA mahu kita dekat denganNYA." dan itulah ana terima apa yang terjadi sebagai isyarat dariNYA.Masih cuba menerima semuanya dengan hati yang penuh redha.Sahabat-sahabat...doakan ana terus teguh di jalan tarbiyah ini...Amin Ya Rabb...


Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...(^_^)

Tuesday, February 15, 2011

"Refreshment"

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...teramat2 syukur kerana jari jemari ini sedang menarikan sesuatu di blog yang sangat2 dirindui. Alhamdulillah..Allah menghadirkan kekuatan di hari yang penuh barakah ini yakni hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w kekasih Allah - 12 Rabiulawal 1432H. Sudah terlalu lama ana membiarkan blog ini sepi dari luahan minda. Sungguh ana terlalu rindu untuk menghidupkan blog ini. Dan saat ana menaip kata-kata ini air mata sedang bergenang. Seakan tidak percaya saat dan ketika ini telah datang buat melepas rindu. Hati ini terus berdoa dan berdoa agar artikel ini mampu diteruskan hingga nokhtah terakhir. Kerana sebelum ini ana pernah jua mengembalikan "nyawa" pada hamparan sepi ini tetapi tangan ini kaku hati pula terhenti untuk berbicara. Lalu hanya menyimpannya sebagai draft. 


2 bulan lebih ana membiarkan diari pengembaraan ini sepi. Hari ini ana menggagahkan diri menguatkan semangat mengatakan pada diri "perjuangan ini harus diteruskan". Diari ini ana nukilkan buat menggerakkan nadi perjuangan sebagai seorang hamba. Semestinya ana harapkan ia tidak berkubur sebelum jasad ini dikembalikan pada asal kejadiannya. Dari hari ke hari sentiasa menggenggam impian di lubuk hati diari ini akan terus hidup. Sentiasa diperingatkan oleh sahabat seperjuangan dalam candanya jika ana menyentuh tentang diari hatinya "Kembara Sufi Di Bumi Tuhan", "blog akak tu bila nak update? dah lama bersawang..." (^_^) Itulah sebahagiaan kata-katanya meski tampak biasa tapi inputnya pada ana adalah sebagai satu peringatan dan sumber kekuatan sekaligus meniupkan ke dalam jiwa bahawa perjuangan ini harus diteruskan. Semoga Allah merahmatimu dik...semoga istiqomah untuk menulis kerna ia lambang perjuanganmu dan ada yang sentiasa merindui akan bait bicaramu...(^_^)

2 bulan lebih ini juga ana banyak menghabiskan waktu dengan membaca diari hati sahabat2. Bermacam-macam cerita cereka luahan rasa ana selami. Ana mencari-cari kekuatan buat bermuhasabah diri mentarbiyah hati membangunkan jiwa yang kekurangan vitamin...(^_^) Supplement yang ana cari-cari supaya vitamin itu berupaya mengalir ke hujung2 jari agar ia bisa teguh bangkit memperjuangkan lembaran sebuah kisah pengembaraan menuju cinta Ilahi. Rasa perjuangan itu sebenarnya tidak mati. Picisan itu masih ada dan diteruskan meskipun hanya pada bait-bait pendek di ruangan facebook ana. Dan diari ini adalah kesinambungannya. Bukan sengaja mahu membiarkan diari ini sepi dari sebarang tinta. Hanya pada DIA sentiasa ana pohonkan rahmat kekuatan agar diri ini tidak tersungkur dari medan perjuangan.

Dalam sepi ana menggalas hasrat dan amanahNYA. Suatu ketika tatkala ana on chat di facebook, masuk chat seorang kakak yang tidak ana kenal secara langsung dengannya. Kakak ini menyampaikan maksud hatinya pada ana.."terima kasih adik" ana agak terkejut dan berfikir barangkali kakak ini tersilap orang. Lalu ana bertanya terima kasih untuk apa? Beliau membalas, "terima kasih kerana sentiasa menyedarkan kakak dengan kata-kata(status) adik". Subhanallah...ana terpana ana terkesima sebentar. Tidak menyangka kata-kata yang banyak lahir dari rasa sendiri dan sebenarnya diluahkan sebagai peringatan kembali pada diri ini bisa menyentuh hati seseorang dengan izinNYA jua. Kakak itu juga memaklumkan bahawa beliau sentiasa mengunjungi blog ana. Suka katanya membaca coretan-coretan ana yang beliau kira sebagai coretan yang ikhlas dari hati. Terasa kerdilnya diri ini di kala itu. Mengenang kebesaranNYA mengenang kejahilan diri. Ana ini insan baru bertatih mahu melangkah ke arena perjuangan. Apa yang dinukilkan hanyalah sebahagiaan dari rahsia hati dalam mengembara mencari cintaNYA. Apa yang direnung apa yang dirasa apa yang difikirkan akal segalanya berpadu pada sekeping hati. Dalam kejahilan yang masih bersisa rasa, DIA mengutuskan kakak ini buat menguatkan lagi jiwa ini di jalanNYA. Seakan-akan DIA berbicara pada ana "teruskanlah perjuanganmu.teruskanlah perjuangan untuk menyentuh hati2 insan untuk lebih mengenali Allah"

Ana mendoakan kakak ini terus dilimpahkan rahmat hidayahNYA. Alhamdulillah penghijrahan beliau sekeluarga ke negeri "Serambi Makkah" katanya banyak membawa perubahan pada dirinya,suami dan anak-anak. Hidayah itu milik Allah...andai kita berusaha mencarinya insyaAllah pasti akan menemui cahayaNYA...(^_^)

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...(^_^)

Tuesday, December 7, 2010

"SOLAT 5 MINIT..."



Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....subhanallah...indahnya islam manisnya iman...


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah yang mengizinkan ana untuk meng'update blog hari ini. ana mohon maaf pada tetamu2 pilihan Allah yang mungkin ternanti2 tinta seterusnya dari ana. 2 minggu ini ana agak sibuk menguruskan perpindahan ana ke rumah baru @ bilik sewa. Dulu sebumbung dengan kakak sulong ana banyak la perkara yang diurus bersama. Sekarang dah hidup membujang segala-galanya perlulah diuruskan sendirian...makan minum dah kena cari sendiri...hihi...(^_^). Berselang seli juga dengan kesihatan yang kurang baik dan tidak menentu akhir2 ni. Di ofis sememangnya ana tidak punya kesempatan untuk update blog. FB sekadar curi2 masa sikit...hehe...seharian di ofis dengan keadaan badan yang berapa baik membuatkan ana cepat kehilangan daya dan letih yang teramat bila pulang ke rumah. Semangat untuk mencurah kata pun jadi down walhal banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. InsyaAllah azam untuk tahun baru hijrah ini ana ingin lebih bersemangat serta istiqamah mengatur kembara...doakan ana yea sahabat2...(^_^)




"SOLAT 5 MINIT...." barangkali ada yang tertanya apa kisahnya di sebalik tajuk ini. Melalui beberapa detik berkaitan solat di ofis membuatkan ana rasa terpanggil untuk mengatur bicara bisu tanpa suara di sini. Minggu lalu ana "ditegur" oleh senior2 staff. Pertamanya pulang dari surau ana terus disapa oleh seorang engineer.."ko solat kat mana wan?ko ambil masa 45min.aku kira tadi..." ana agak tersentak dengan sapaan sedemikian rupa. Mungkin dia memandang silap ana kerana mengambil waktu kerja untuk solat sebegitu lama (waktu ana ke surau 2ptg dan waktu rehat adalah 12.30-1.30ptg). Sengaja ana ubah sedekit waktu untuk solat zuhur pada hari tersebut. Sebabnya ana tidak berapa enak solat dalam keriuhan muslimah2 yg lain yang kadang kalanya berbaur umpatan. Tidak selari dengan diri ana yang sedang bersolat diganggu petah bicara makcik2 itu dan ini riuhnya apatah lagi kurang sedar barangkali sedang menceritakan aib sesama makhluk di dalam surau...sangat3 tidak berkenan pada hati ana. Oleh sebab itu ana mengambil peruntukan 1jam waktu rehat dianjakkan ke hadapan sedikit supaya tidak seiring dengan golongan makcik2 tersebut. Tidak pula ana sangka kepulangan ana dari surau pada hari itu mengundang sapaan sedemikian.

Teguran kedua pula dari senior manager ana. Tatkala beliau menghubungi handphone ana, ana sedang bersolat. Seusai solat ana melihat hp dan tertera 3 missed call. Ana membuat panggilan kepada beliau dan memohon maaf kerana gagal menjawab panggilan beliau sebelumnya. Apabila ana memaklumkan ana sedang solat pada masa tersebut beliau mengatakan pada ana..."lamanya solat.." berdetak juga hati ana...tiada daya untuk membidas kerna bagi ana insan yang merasai manisnya saat bersama Khaliq serta kesempurnaan aturan solat tentunya tidak bicara seperti beliau dan juga engineer tadi. Kadangkala ana memantau juga solat staff2 di situ. Dalam perkiraan ana 5 minit sudah pun siap! Bagaimana pandangan sahabat2 apakah yakin sempurna solat 4 rakaat boleh disudahkan dalam masa 5 minit? Terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkannya. Jika ana, ana rasa tidak yakin solat ana bisa sempurna dalam 5 minit. Sudah lama ana memerhatikan solat sepantas begini. Sejak dibangku sekolah dan asrama. Pasti ada yang kurang pada tertib solatnya. Ana bukan mahu menjatuhkan hukum bahawa solat si A tidak sah si B tidak sempurna si C cacat itu dan ini. Tetapi ana melihat dari perspektif rukun solat itu sendiri:-

RUKUN SOLAT (13 PERKARA):


1. Niat.
Tempat niat di dalam hati dan dilakukan ketika mengucapkan takbirratul ihram




2. Berdiri bagi yang mampu.
Berdiri bagi yang berkuasa dalam solat fardhu. Jika tidak berkuasa,bolehlah duduk.Jika tidak sanggup duduk boleh berbaring tubuh ke arah kanan.Jika tidak berkuasa bolehlah bersandar atau menelentangkan badannya.

3. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akbar yang pertama).

4. Membaca surah Al-fatihah.
Dibaca pada tiap2 rakaat sama ada dia berseorangan atau berjemaah.Orang yang tidak dapat membaca Al-Fatihah hendaklah dia membaca sekadar yang dia ingat walaupun satu ayat.

5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
Rukuk itu hendaklah kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung (90 darjah)

6. Iktidal dengan tama'ninah.

7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
Hendaklah dilakukan dengan tujuh anggota iaitu dahi,hidung,dua tapak tangan, dua lutut dan hujung kedua kaki.Keadaan sujud itu hendaklah punggung lebih tinggi daripada kepala.

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.

9. Duduk Tasyahhud akhir.

10. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.

11. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W pada Tasyahhud Akhir.

12. Memberi salam yang pertama

13. Tertib.



Lihatlah pada rukun tersebut banyak menekankan tama'ninah.Menurut apa yang diajarkan pada ana oleh seorang guru tama'ninah ini adalah saat kita berhenti dan diam seketika daripada melakukan apa2 tindakan. Banyak sudah solat2 yang ana perhatikan hilang entah ke mana tama'ninahnya.Sesudah iktidal tangan masih dihayunkan ke hadapan dan ke belakang kemudian terus sujud.Saat rukuk dan sujud mulut masih terkumat kamit membaca bacaan rukuk/sujud terus bangkit.Lalu di mana tama'ninahnya??

Belum lagi disentuh tentang sebutan dan bacaan "Allahuakbar" serta Al-Fatihah.Pasti ramai yang tahu ayat ini.."SOLAT ITU TIANG AGAMA". Jadi jika tidak sempurna solat itu dengan sebaik2 sempurna bagaimana untuk tertegak kukuh agama "ISLAM" yang disebut-sebut.hampir setiap hari.Adakah ISLAM itu hanya terlekat pada mykad sahaja??



Firman Allah  SWT  ertinya : "Sesungguhnya dengan melaksanakan solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar". ( Al-‘Ankabut : 45 )

Rasulullah S.A.W telah memperingatkan oranga2 yang tidak sempurna rukuknya dengan ancaman yang keras.Beliau pernah melihat orang rukuk dengan tidak sempurna dan sujud seperti mematuk lalu bersabda: 


"kalau orang ini mati dalam keadaan seperti itu, ia mati di luar agama Muhammad.ia sujud seperti burung gagak mematuk makanan,sebagaimana orang tidak rukuk sempurna dan sujud cepat seperti orang kelaparan makan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengeyangkannya" - HR Tabrani


Ana tidak mengatakan solat ana adalah sempurna dan sebaik-baik solat.Bicara ana pada entry ini adalah untuk mengingatkan kembali diri kita yang kadangkala mungkin terlupa pentingnya menjaga kesempurnaan solat.Jangan sekadar "ambil atau memenuhi syarat - asalkan solat sudah." Pesanan buat diri ana dan juga sahabat2,sama2 kita menjaga solat dengan sebaik mungkin kerna apabila kita dihidupkan kembali kelak perkara pertama yang akan ditanya adalah solat kita.Bersediakah kita menghadapi saat itu andai solat sekadar memenuhi syarat sedangkan baginda Rasulullah s.a.w yang dijanjikan syurga itu pun cukup berhati-hati pada solatnya? Tepuk dada...jangan tanya selera tapi tanyalah iman di dalam hati..(^_^)


Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...



Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...
(^_^)



Friday, November 26, 2010

Kembara Bermula...

Bismillahirahmanirrahim...


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Selawat dan salam buat baginda kekasih Allah contoh terbaik ikutan zaman Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat serta sahabat2 baginda yang dirindui. Salam berkirim doa buat kedua ayahanda dan bonda tercinta yang telah kembali ke sisi Pencipta. Moga aman bahagia di sana berteman kasih dan redha Allah...amin Ya Allah...salam penuh tulus kasih sayang buat sahabat2, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...alhamdulillah saat ini masih dipinjamkan masih kekal dengan nikmat iman n islam kurniaan Allah....


Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah yang telah memberikan keizinan buat ana menyempurnakan hasrat hati yang telah sekian lama terpendam. Hari ini insyaAllah akan bermulalah rentak perjuangan ana sebagai hamba Allah. Blog ini akan menjadi wadah buat ana menabur kasih pada saudara seakidah ana untuk kita sama2 beriringan menuju Allah. Jangan kerana berkehendakkan syurga kita beribadah kepada Allah. Tetapi beramallah  kerana kita sebagai insan hina yg diciptakan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada DIA.Mencintai DIA dengan setulus hati. Sebagaimana firmanNYA:


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu" - Az-Zariyat:56


InsyaAllah akan ana sentuh penceritaan bab ini pada post yang seterusnya.


Entry kali ini insyaAllah sebagai mukadimah kepada sayap perjuangan ana sebagai seorang daie. "Kembara Menuju Allah" adalah blog kedua ana yang sememangnya hasil suntikan semangat perjuangan. Telah sekian lama ana ingin menubuhkan blog ini namun pelbagai kekangan ana hadapi menjadikan hasrat itu hanya terpendam di sudut hati. Alhamdulillah...perkenalan demi perkenalan yang cukup indah kurniaan Allah telah membibitkan rasa dan semangat juang dalam diri ana. Kebanyakannya adalah sahabiah2 yang ana kenal dari laman sosial facebook. Semangat perjuangan mereka berjaya membias ke dalam jiwa ana atas kehendak Allah jua....^__^


Syukran buat sahabat2, kakak2 dan adik2 yang sentiasa bersama ana...syukran atas salam ukhwah antuna buat hamba Allah yang cukup kerdil ini. ana masih bertatih. Maka pimpinlah ana supaya tertegaknya ana di medan perjuangan ini tidak tersungkur dalam kekalahan. Ana ingin bersama kalian memakmurkan bumi Allah ini agar Islam kembali bersinar di jiwa yang kerapuhan. Buat sahabat2 yang masih tercari-cari haluan rentak kehidupan yang pasti, usah risau...ayuh kita bersama...^__^


"Kembara Sufi Menuju Allah. Kalam Bertinta Nafas Cinta Rabiatul Adawiyah" ana nukilkan agar diri ini terus melangkah meniti denai2 kehidupan bersama nafas cinta srikandi Islam yang cukup hebat cintanya kepada Allah. Hidupnya bukan mengharapkan syurga namun semata-mata kerana cinta kepada Allah.

"Jika cinta Allah itu terkandung di dalam neraka akan aku terjun ke dalam neraka untuk mendapatkannya" - Rabiatul Adawiyah

Allah...Allah...Allah...cukup hebat srikandi islam ini mencintai Allah. Buat pertama kali ana mengoreksi riwayat hidup beliau hati ana cukup kagum dan terpesona. Sehingga terdetik dalam hati ana.."inilah cinta yang sebenar-benarnya cinta kepada Allah" 


Moga nafas cinta ini akan sentiasa berhembusan bersama hembusan nafas perjuangan seorang daie. Saat diri lemah dihempas badai ujian nafas ini akan mampu menyedarkan ana meski terlantar koma di ICU lembah ujian. InsyaAllah...


Kalam pertama episod pengembaraan ini mungkin masih banyak kekurangannya. ana mengalu-alukan teguran sahabat2 agar ana tahu di mana silap dan lemahnya seterusnya menjadikan sayap perjuangan ini semakin kuat untuk berlayangan menghirup secangkir kasih Illahi menabur cinta pada saudara seakidah moga bangkit menuju Allah. InsyaAllah...doakan ana istiqamah ya sahabat2...^__^


Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu untuk lebih mencintai ALLAH...^___^

Template by:
Free Blog Templates